KUALA LUMPUR – Tindakan pemasangan dan pengoperasian 10,000 kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar ibu negara sejak 2020 merupakan langkah yang baik.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, tindakan berkenaan mampu meningkatkan dan membantu pihak polis dalam menjalankan siasataan.
“Modal insan yang ada di dalam pasukan ini bukanlah begitu besar tapi dengan kemajuan teknologi, pihak polis dapat mengenal pasti dan juga membantu penugasan.
“Sebab itu saya selalu menyeru di dalam pasukan penggunaan teknologi maklumat (IT) dan juga kecerdasan buatan (AI) ini perlu kita pertingkatkan dan perkemaskan,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Perangi Scam: Dua Pasukan Satu Matlamat di sini hari ini.
Tambah Mohd Khalid, pemasangan CCTV secara tidak langsung dapat membantu pihak polis menyelesaikan siasatan dan juga tugasan dari semasa ke semasa.
Pada April lalu, media melaporkan sebanyak RM500 juta dibelanjakan bagi pemasangan dan pengoperasian 10,000 CCTV bersepadu di sekitar ibu negara sejak 2020.
Inisiatif yang dilaksana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Pihak Diraja Malaysia (PDRM) secara bersepadu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dilaporkan berkata, pemasangan itu penting terutamanya dalam aspek keselamatan di ibu negara.
Kesemua kamera CCTV dipasang dan diintegrasikan di lokasi strategik termasuk jalan utama, persimpangan, kawasan awam dan pusat komersial. – MalaysiaGazette
















