KUALA LUMPUR – Sepasang kekasih berusia 21 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung penenuan mayat seorang bayi lelaki di Terminal Bersepadu (TBS) di sini pada 9 Jun lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superitenden Lim Chun How berkata, tangkapan pasangan tempatan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di Sepang.
“Kita telah menerima maklumat daripada pengurusan TBS berhubung penemuan bayi baru lahir yang tidak sedarkan diri di dalam sebuah beg plastik biru di dalam tandas wanita Aras 3, TBS.
“Hasil siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek yang tidak bekerja mengaku terlibat dalam kes terbabit dan suspek wanita dipercayai melahirkan bayi itu di dalam tandas.
“Akibat takut dimarahi keluarga, suspek bertindak membuang bayi itu ke dalam tong sampah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
TambahChun How, pasangan terbabit kini direman selama empat hari bermula 13 Jun hingga 16 Jun depan bagi siasatan lanjut dijalankan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat dengan sulit.,” jelasnya. – MalaysiaGazette
















