LONDON – Manchester United dilaporkan telah membuat pertanyaan awal untuk mendapatkan pemain sayap West Ham United, Crysencio Summerville, lapor Athletic.
Menurut laporan wartawannya David Ornstein, West Ham difahamkan meletakkan nilai sekitar £50 juta untuk pemain berusia 23 tahun itu dimana angka itu berpotensi menjadi pertimbangan utama sekiranya United mahu meneruskan minat mereka dengan lebih serius.
“Bagaimanapun, setakat ini kelab itu belum melakukan sebarang rundingan rasmi atau perbincangan lanjut antara kedua-dua kelab.
“Buat masa ini, minat United terhadap pemain kelahiran Belanda tersebut masih berada di peringkat awal dan belum menunjukkan tanda-tanda bahawa perpindahan hampir dimuktamadkan,” kata laporan itu.
Berusia 26 tahun, Summerville terkenal dengan kelajuan, kemahiran gelecek yang lincah, dan keupayaan menjaringkan gol penting dari bahagian sayap.
Dia ketika ini wewakili skuad kebangsaa Belanda yang merupakan penampilan sulungnya di pentas Piala Dunia. – Agensi















