Profesor Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar menyifatkan perjalanan lebih lima dekad dalam dunia akademik sebagai satu bentuk “jihad ilmu” yang bertujuan mempertahankan kebenaran, mengembangkan ilmu yang sahih dan menangkis penyebaran ilmu yang palsu.
Beliau berkata demikian selepas dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026M pada majlis yang berlangsung di Masjid Putra.















