Gambar hiasan

KOTA BHARU – Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki dadah di lokap Kompleks Mahkamah Kota Bharu, minggu lepas.

Mohammad Fadhirul Musa, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Dia didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine dengan berat kasar 19.8 gram di lokap kompleks mahkamah itu pada 8.29 pagi 8 Jun.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan sebatan maksimum sembilan kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Nadzir Abdullah manakala lelaki itu diwakili peguam Mohd Azrizal Hamzi dan Muhammad Husni Mubarak Ghazali.

Mahkamah membenarkan jaminan RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Julai untuk sebutan semula kes.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast