Antara persembahan yang bakal bertanding dalam Festival Teater Zon Selatan 2026 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

KUALA LUMPUR – Sebanyak enam kumpulan bakal ’berperang’ dalam Festival Teater Zon Selatan 2026 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) pada 15 hingga 21 Jun ini di Panggung Seri JKKN Melaka, Ayer Keroh.

Menurut Pengarah JKKN Melaka, Ezlina Alias, Festival Teater Zon Selatan (FTZS) adalah sebuah lagi program bersifat pertandingan rentetan daripada Festival Teater Malaysia (FTM) 2026 yang kini lebih dinamik.

Membawa tema ’Sejarah, Diplomasi dan Peradaban serta Patriotik’, festival ini menjadi platform utama untuk mencungkil bakat-bakat baharu spadaerta meraikan kepelbagaian warna dan genre dalam seni persembahan pentas teater tanah air.

 ”Pada tahun ini kumpulan yang bertanding bagi zon selatan meliputi Melaka, Negeri Sembilan dan Johor adalah Persatuan Anak Seni Taman Budaya Melaka (ASTAB), Kumpulan Penggiat Seni Teater Negeri Sembilan (KASET) dan Akademi Teater Rupawan Asli (ATRA, Universiti Sains Islam Malaysia).

“Turut bertanding ialah Sanggar Teater Warong Rakyat (STWR), Pentas Seni Ekspresi Diri (SEPRESI, UiTM Melaka) dan Gerak Teater Tari Johor Bahru (GETAR JB),” kayanya.

Menarik pada FTZS 2026 ini menurut Ezlina, menampilkan pertaruhan naskhah-naskhah baharu iaitu Titah karya Emelia Ishak oleh ASTAB Melaka, Hak Milik Kerajaan karya Noor Idlah Abdul Halim oleh KASET, Negeri Sembilan dan Pelita karya Aloeng Silalahi oleh ATRA, Universiti Sains Islam Malaysia.

Naskhah Klaustrofobia Terbiar karya Yusmahizam Yunos oleh Sanggar Teater Warong Rakyat (STWR), Tragedi Bukit Kepong oleh Pentas Seni Ekspresi Diri (SEPRESI, UiTM Melaka) karya Mohd Hatta Mohd. Yatim dan Dalang karya Senjalaka oleh Gerak Teater Tari Johor Bahru (GETAR JB).

FTZS 2026 menawarkan Johan (Wang tunai RM3,000.00, Piala dan Sijil), Naib Johan (wang tunai RM2,000.00, Piala dan Sijil) dan Tempat Ketiga (Wang Tunai RM1,000.00, Piala dan Sijil).

“Lebih menarik pada kali ini diperkanalkan Anugerah DrRos iaitu sebagai mengenang ketokohan dan sumbanngan tokoh teater terkenal Dr Rosminah Tahir dalam memertabatkan seni persembahan teater.

“Anugerah yang menawarkan wang tunai RM500, sijil dan hadiah iringan ini diperkenalkan oleh Grup TOGETHER-CTRA Production,” tambah beliau. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast