KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 5 petang ini.
Cuaca itu diramal berlaku di kebanyakan tempat, semua negeri.
“Perlis; Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) ;Pulau Pinang ; Perak ; Kelantan (Jeli, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang) ;Terengganu (Besut, Setiu dan Hulu Terengganu) :Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Rompin).
“Selangor (Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang):WP Kuala Lumpur; WP Putrajaya; Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau) ;Johor (Segamat) ;Sarawak: Kuching (Lundu), Samarahan (Simunjan) dan Betong
“Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat),” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Terdahulu MetMalaysia berkata, amaran cuaca itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. – MalaysiaGazette
















