Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 9 malam ini.

Antara kawasan yang dijangka terjejas ialah seluruh Perlis, beberapa daerah di Kedah iaitu Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling dan Bandar Baharu, selain Perak serta Jeli di Kelantan.

Di Terengganu, amaran melibatkan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, manakala di Pahang meliputi Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Di Selangor, kawasan terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat, selain seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Turut menerima amaran ialah Jelebu dan Jempol di Negeri Sembilan serta Segamat, Kluang, Mersing dan Kulai di Johor.

Di Sarawak, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Tatau di Bintulu serta Beluru, Telang Usan, Miri, Marudi dan Limbang.

Di Sabah pula, amaran melibatkan Keningau dan Tambunan di Pedalaman, kawasan Pantai Barat serta daerah Tawau.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat petunjuk berlakunya ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi satu jam.

Amaran ribut petir ini merupakan amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast