Foto: FB MetMalaysia

 

KUALA LUMPUR – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 direkodkan berlaku di Perairan Batu Pahat, Johor pada pukul 1.17 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, pusat gempa dikesan pada kedudukan 20 kilometer (km) Barat Daya dari Batu Pahat pada kedalaman 10 km.

“Gegaran mungkin dirasai di kawasan sekitar Batu Pahat, Johor. Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut kenyataan itu hari ini.

MetMalaysia turut memohon penduduk sekitar yang merasai gegaran akibat gempa itu mengisi borang soal selidik pada pautan https://forms.gle/ZSwro3yNA99U6pq46. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast