Foto: FB Irfan Shamshuddin

KUALA LUMPUR – Jaguh lempar cakera negara Muhammad Irfan Shamsuddin tampil cemerlang memenangi pingat emas pada Kejohanan Nemzetkozi Atletikai Balatkn Bajnoksag di Vesprem, Hungary, semalam.

Lebih manis atlet berusia 30 tahun itu menamatkan penantian sembilan tahun untuk memadam rekod lempar cakera kebangsaan miliknya sendiri dengan catatan baharu 62.87 meter (m).

Rekod kebangsaan terdahulu sejauh 62.55m dilakar Irfan ketika Kejohanan Olahraga Austria di Linz, Austria pada 2017.

Aksi cemerlang Irfan menyaksikannya mengatasi dua atlet tuan rumah, iaitu Zalan Strigenzc yang meraih pingat perak dengan lontaran 53.84m dan Zsombor Takacs yang membawa pulang gangsa menerusi catatan 51.31m. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast