Hein Min Zaw (atas) dan Ong Wei Hao diburu bantu siasatan kes bunuh.

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan berkaitan dua kes bunuh berasingan pada April dan Oktober lalu.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang dalam kenyataan memaklumkan, lelaki warga Myanmar dikenali sebagai Hein Min Zaw dengan pemegang pasport MH120232 dikesan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki warga Myanmar di Lorong IKS Juru 5, Simpang Ampat pada 5 April lalu.

Dalam kejadian berkenaan, mangsa berusia 53 tahun ditemukan dalam keadaan meniarap di tepi jalan dengan kesan tikaman di bahagian rusuk.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Hein Min Zaw diminta menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Muazzam Syaaban di talian 017 482 5017.

Sementara itu, seorang lagi ialah lelaki tempatan, Ong Wei Hao, 42, pula dikesan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemukan disumbat dalam sebuah beg bagasi berhampiran Flat Ampang Jajar, Permatang Pauh pada 9 Oktober tahun lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Lee Boon Han, 31 tahun ditemukan dengan kesan kecederaan pada leher, tangan diikat serta kepala diserkup plastik.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Ong Wei Hao boleh menghubungi ASP Hasryman di talian 011 6331 9773 bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast