KUALA LUMPUR – Tujuh puluh satu cawangan pejabat pengeluar pasport di seluruh negara akan ditutup sementara secara berfasa bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan.

Jabatan Imigresen berkata, penutupan fasa 1 akan dilaksanakan mulai 26 Jun ini hingga 30 Jun melibatkan beberapa cawangan seperti Ibu Pejabat Putrajaya; Jalan Duta, Kuala Lumpur; Melaka; Kelana Jaya; KLIA; UTC Puduraya; UTC Selangor; UTC Johor Bahru; UTC Pasir Gudang; UTC Seremban; UTC Ipoh; UTC Kedah; UTC Sungai Petani; dan UTC Seberang Perai.

Katanya, sepanjang tempoh tersebut, urusan permohonan pasport di kaunter dan MyOnline Pasport, serta percetakan pasport di cawangan terlibat tidak dapat dilaksanakan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk merancang urusan pasport lebih awal dan merujuk saluran rasmi Jabatan Imigresen Malaysia untuk maklumat lanjut.

“Kerjasama dan perhatian anda amat dihargai,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial, hari ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast