Keputusan mengubah majlis terbabit dari lokasi asal di sebuah masjid di Kelana Jaya ke Dewan Sri Penang Madrasatul Zubaidah Petaling Jaya.

KUALA LUMPUR – Solat hajat untuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dirancang esok ditukar ke lokasi baharu berikutan beberapa isu teknikal membabitkan kemudahan dan kapasiti tempat.

Penganjur, TeamSaddiq memaklumkan, keputusan mengubah majlis terbabit dari lokasi asal di sebuah masjid di Kelana Jaya ke Dewan Sri Penang Madrasatul Zubaidah Petaling Jaya adalah bagi keselesaan orang ramai.

“Atas sebab teknikal melibatkan isu kemudahan dan saiz dewan, majlis doa selamat akan berpindah ke lokasi baharu yang juga berada dalam kawasan sekitar Petaling Jaya,” tulisnya dalam satu kenyataan di platform Threads di sini.

Pada hantaran sama, penganjur berharap orang ramai maklum dengan pertukaran lokasi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan pada hari majlis.

Sebelum ini, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menjemput orang ramai menunaikan solat hajat esok bagi mendoakan prosiding keputusan rayuan akhir kes mahkamah melibatkan tunangnya itu pada 30 Jun ini berjalan lancar.

Media melaporkan pengurusan masjid berkenaan berpegang dengan prinsip bahawa institusi berkenaan bebas daripada sebarang agenda politik.

Malah, katanya pihak berkenaan juga sudah memaklumkan kepada pengurusan Bella Astilla mengenai ketidaklulusan berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast