Pengerusi Badan Perhubungan BN Johor yang juga calon N.26 Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi berucap pada Majlis Pengumuman Calon BN sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Johor Bahru. Foto FAREEZ FADZIL, 24 JUN 2026.

JOHOR BAHRU – Spekulasi Pas dan Parti Wawasan Negara (Wawasan) akan menjalinkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dengan meletak beberapa calon tumpang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor meleset.

Ia kerana tiada mana-mana calon daripada parti bukan komponen BN diumumkan oleh Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Sejak beberapa hari lalu, wujud khabar angin bahawa BN akan mengadakan kerjasama politik dengan beberapa parti politik luar daripada BN.

Ini termasuk dakwaan seramai empat calon daripada Wawasan yang dipimpin Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, serta seorang calon Pas yang dipimpin Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Selain itu, pengumuman yang dibuat di Pejabat Perhubungan UMNO Johor di sini hari ini turut menafikan dakwaan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai, Marina Ibrahim bakal dibawa masuk sebagai calon khas BN.

Dalam majlis pengumuman tersebut, seramai 56 calon BN diumumkan melibatkan UMNO, MCA dan MIC sahaja.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast