Seorang lelaki Lubnan melihat di bawah celah runtuhan bangunan rata yang dimusnahkan oleh tentera Israel, di bandar selatan Nabatieh pada 21 Jun 2026. foto AFP

BEIRUT – Pemimpin Hezbollah, Naim Qassem menegaskan bahawa Israel tiada pilihan selain berundur tanpa syarat dari kawasan di Lubnan yang masih didudukinya.

Malah, beliau turut menolak sebarang usaha untuk menormalkan hubungan antara kedua-dua negara.

“Israel tiada pilihan selain berundur sepenuhnya dari setiap inci tanah Lubnan… Israel mesti keluar tanpa sebarang syarat,” katanya dalam ucapan yang disiarkan di televisyen di hadapan puluhan ribu penyokong sempena sambutan Asyura.

Ketika pegawai Lubnan dan Israel mengadakan rundingan secara langsung di Washington, Qassem berkata, kumpulannya tidak akan menerima “sebarang normalisasi, pembatalan status permusuhan, keuntungan untuk Israel atau kehadiran sebahagian pun tentera Israel di bumi Lubnan.

“Israel mesti berundur dalam keadaan terhina dan tewas, dan itulah yang akan berlaku,” tegas beliau. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast