JOHOR BAHRU – Kementerian Komunikasi menyediakan dua pusat media utama di seluruh Johor bagi membantu petugas media membuat liputan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, pusat media utama ditempatkan di Hotel Seri Malaysia di sini dan di utara Johor bagi memudahkan urusan wartawan.
“Kedua-dua pusat media beroperasi dari 26 Jun sehingga hari pengundian pada 11 Julai, bermula jam 9 pagi hingga 9 malam.
Selain itu, katanya, semua 100 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Johor boleh digunakan sebagai pusat sokongan media tersebut.
“Pusat Media ini menyediakan kemudahan internet berkelajuan sekurang-kurangnya 100 mbps, komputer, komputer riba dan mesin pencetak.
“Kita mahu memastikan rakan media mempunyai kemudahan terbaik untuk menghantar berita, gambar dan video sepanjang tempoh pilihan raya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
















