BANGKOK – Polis Thailand menahan seorang lelaki warga Australia selepas mayat seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ditemukan di dalam sebuah bagasi, kata pihak berkuasa.

Suspek yang menafikan terbabit dalam kes penculikan dan pembunuhan remaja itu ditahan selepas disoal siasat.

Pihak polis masih menunggu keputusan bedah siasat serta bukti lain sebelum pertuduhan difailkan terhadap suspek.

Menurutnya, antara pertuduhan yang mungkin dikenakan ialah menculik kanak-kanak, membunuh, menyembunyikan mayat serta menculik seorang bawah umur bagi tujuan eksploitasi seksual.

Laporan media menyebut suspek berusia 46 tahun itu ditahan pada hari Jumaat di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok ketika cuba membeli tiket penerbangan ke Perth, Australia.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memasuki sebuah kondominium di Pattaya bersama remaja warga Thailand itu pada awal pagi Khamis.

Beberapa jam kemudian, suspek dilihat keluar dari bangunan berkenaan sambil membawa sebuah bagasi hitam bersaiz besar yang kemudian diangkut menggunakan motosikal.

Polis menemui bagasi itu berhampiran landasan kereta api pada Jumaat dan menemukan mayat mangsa di dalamnya dengan kesan kecederaan akibat keganasan.

Bulan lalu, Thailand mengurangkan tempoh kemasukan tanpa visa untuk pelancong susulan beberapa tangkapan berprofil tinggi membabitkan warga asing atas kesalahan dadah, pemerdagangan seks dan menjalankan perniagaan tanpa lesen. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast