Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – “Saya tanya mereka berdua, macam mana Alwiyah (Talib) boleh jadi calon mewakili UMNO di DUN Endau.

“Bukankah dia pengkhianat parti? Dia keluar UMNO, masuk Bersatu. Dua penggal jadi ADUN Bersatu. Dia menghentam UMNO dalam dan luar DUN.

“Tiba tiba keluar Bersatu dan masuk balik UMNO sebelum DUN Bubar. Tidak sampai sebulan, jadi calon UMNO sehingga mengorbankan dua calon anak muda berpotensi iaitu Ketua Pemuda dan Ketua Puteri UMNO Bahagian,” kata bekas ahli UMNO, Datuk Puad Zarkashi.

Pertanyaan itu ditujukan kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Dakwa Puad, perkara itu menyebabkan anak muda makin meluat kepada UMNO.

“Dua hari lalu Dato Megat Setiausaha Politik Zahid datang Rengit. Dia hentam saya kaw kaw. Dia kata, “Baru sehari puji UMNO parti terbaik, esoknya keluar parti. Itulah pengkhianat”.

“Saya tanya Megat, “Alwiyah 10 tahun menghina UMNO”. Tidak sampai sekelip masa masuk UMNO terus jadi calon. Itu angkara siapa? Itu bukan “politik anak beranak?” soal Puad lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast