Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud

KUALA LUMPUR – Seorang ejen perumahan ditahan disyaki mencederakan dan mengugut bekas teman wanitanya dalam kejadian di ruang menunggu bas MRT Maluri, Cheras pada 21 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Rosdi Daud berkata, tangkapan ke atas suspek berusia 20-an itu selepas sehari laporan dibuat.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras telah menahan suspek jam 6.45 petang, pada 22 Jun di pekarangan IPD Cheras.

“Suspek ini dikenakan reman selama sehari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis selepas proses siasatan selesai dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kes akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast