Mayat lelaki dipercayai terjun dari jambatan berhampiran Taman Muhibbah, Banting, ditemui. JBPM Selangor.

KUALA LUMPUR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki dipercayai terjun dari jambatan berhampiran Taman Muhibbah, Banting dekat sini pada 27 Jun lalu akhirnya ditemui mati lemas di belakang sebuah kilang hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, mayat mangsa warga tempatan berusia 29 tahun itu dijumpai kira-kira 17 kilometer (km) dari lokasi dilaporkan hilang jam 10.11 pagi tadi.

“Operasi SAR yang memasuki hari ketiga dilakukan bersama polis bermula jam 7 pagi dengan melaksanakan Rondaan serta pemantauan menerusi bot meliputi jarak 18km sehingga ke kawasan Pulau Carey dan Bandar Seri Ehsan.

“Pencarian itu bagaimanapun berakhir apabila mayat mangsa ditemukan berdekatan belakang sebuah kilang pukul 10.10 pagi tadi selepas 52 jam ops SAR dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat lelaki dipercayai terjun dari jambatan berhampiran Taman Muhibbah, Banting, ditemui. JBPM Selangor.

Terdahulu media melaporkan, seorang lelaki dipercayai terjun dari jambatan itu dan turut menemui sebuah kereta Perodua Myvi dipercayai milik mangsa.

Ashrul Riezal dilaporkan berkata, berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), lelaki terbabit dipercayai keluar kereta dan terjun dari jambatan berkenaan, sekitar jam 6 pagi pada 27 jun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast