Norsyahrin Hamidon

KUALA LUMPUR – Norsyahrin Hamidon berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) untuk penggal kedua berturut-turut bagi sesi 2026-2029.

Kemenangan tersebut menyaksikan beliau menewaskan pencabarnya yang juga merupakan Timbalan Presiden DPMM, Amirhamzah Karim dalam pertandingan satu lawan satu yang berlangsung sengit pada Mesyuarat Agung Tahunan DPMM hari ini.

Keputusan tersebut sekali gus membuktikan barisan perwakilan DPMM Negeri dari seluruh negara memberikan sokongan padu dan kepercayaan penuh kepada Norsyahrin untuk meneruskan agenda pemerkasaan usahawan Melayu.

Melalui mandat baharu ini, Norsyahrin dijangka akan terus memperkasakan program GEMA DPMM, sebuah inisiatif dan cetusan idea beliau yang direka khusus untuk memacu landskap perniagaan ahli di peringkat domestik dan global.

Sidang Mesyuarat Agung Tahunan kali ini menyaksikan kehadiran penuh perwakilan dari seluruh negara yang komited dalam menentukan hala tuju baharu kepimpinan dewan perniagaan berkenaan bagi tempoh tiga tahun akan datang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast