Tangkap layar individu yang didakwa menyamar sebagai penjawat awam di media sosial.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan individu yang menyamar sebagai penjawat awam dengan memakai uniform pasukan keselamatan dan menggunakan latar belakang menyerupai pejabat kerajaan .

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian tular di media sosial itu pada jam 6.58 petang, semalam.

“Siasatan awal mendapati, lelaki itu memakai pakaian yang menyerupai uniform pasukan keselamatan selain bergambar dengan latar belakang yang menyerupai pejabat kerajaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.

“Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Tambah Naazron, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Siti Aidah Yem di talian 010-2176278bagi membantu siasatan.

Beliau turut menasihatkan masyarakat supaya tidak mudah terpedaya dengan taktik individu yang menyamar sebagai penjawat awam untuk memperdayakan orang ramai.

“Sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh disalurkan menerusi talian NG MERS 999 atau Pusat Kawalan Polis Daerah Kajang di talian 03-8911 4243,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast