LONDON – Kelab Turkiye, Trabzonspor dan Manchester United dilaporkan telah mencapai kesepakatan untuk perjanjian pinjaman selama semusim lagi buat penjaga gol, Andre Onana, lapor pakar perpindahan bola sepak, Fabrizio Romano.
Menurutnya, dalam perjanjian tersebut, Trabzonspor juga dilaporkan bersetuju membayar yuran pinjaman kepada Manchester United sebagai sebahagian daripada kesepakatan yang dicapai.
“Onana dikatakan tidak lagi berada dalam perancangan utama United untuk musim hadapan.
“Kini, kedua-dua kelab hanya perlu melengkapkan urusan dokumentasi dan butiran akhir sebelum perpindahan pinjaman itu diumumkan secara rasmi,” tulis di media sosial miliknya.
September lalu, Onana melengkapkan perpindahan secara pinjaman ke Trabzonspor selepas Man United mendapatkan Senne Lammens daripada Royal Antwerp pada hari terakhir jendela perpindahan .
Onana dibeli daripada Inter Milan dengan harga 47.2 juta pound (RM270.5 juta) pada 2023, dan prestasinya yang tidak konsisten menjadikannya sasaran kritikan sejak itu.
Dia adalah penjaga gol utama United pada musim pertama namun kecederaan hamstring menyebabkannya terlepas aksi pramusim lalu kelab. – Agensi
















