Dua lelaki cedera dan seorang tersepit selepas van dinaiki langgar pembahagi lorong tol di Plaza Tol Wangsa Maju.

KUALA LUMPUR –  Dua lelaki cedera dengan seorang daripadanya tersepit dan patah kaki selepas kenderaan dinaiki melanggar pembahagi lorong di Plaza Tol Wangsa Maju, Lebuhraya SPR menghala Setiawangsa di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 1.22 petang tadi.

Susulan itu, seramai 10 pegawai dan anggota dari balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju bersama sebuah jentera dan EMRS dikejarkan ke lokasi terbabit.

“Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Mohd Arif Nasarudin memaklumkan, kemalangan melibatkan sebuah Van Daihatsu melanggar pembahagi lorong tol.

“Kesemua mangsa berusia 30-an dengan seorang cedera ringan manakala seorang lagi tersepit telah berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba pada jam 1.55 petang.

“Mangsa mengalami kecederaan patah kaki dan seterusnya diserahkan kepada pihak ambulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, operasi berkenaan tamat sepenuhnya pada jam 2.19 petang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast