Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali. Foto FAREEZ FADZIL, 07 NOVEMBER 2025.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) baharu bagi mengawal selia ekosistem e-dagang di Malaysia kepada jemaah menteri, minggu depan.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, langkah itu bertujuan mewujudkan persekitaran perdagangan digital yang lebih adil, telus dan progresif.

“Insya-Allah minggu depan saya bentangkan memorandum Jemaah Menteri peringkat dasar dulu kalau kabinet luluskan barulah kita gubal RUU ini.

“Kita sasarkan sebelum tutup buku tahun 2026 ini, kita boleh bentangkan satu undang-undang baru untuk mengawal selia ekosistem e-dagang yang ada di Malaysia ini.

“Untuk mewujudkan ekosistem e-dagang yang sihat, yang adil, yang telus, yang berintegriti, yang inklusif dan jangan lupa juga yang progresif,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pesta Jom Lokal dan Jualan Ihsan RAHMAH, di sini, hari ini.

Jelasnya mengenai kos sara hidup, Armizan berkata kerajaan mengambil pendekatan serampang dua mata iaitu memastikan pergerakan harga barang kekal stabil serta meningkatkan pendapatan rakyat.

Menurutnya, usaha meningkatkan pendapatan termasuk pelarasan gaji penjawat awam selepas lebih sedekad tidak disemak, selain memperkukuh ekosistem keusahawanan bagi mewujudkan lebih banyak peluang menjana pendapatan.

Beliau berkata kadar inflasi negara juga menunjukkan trend yang semakin reda sejak 2023, namun kerajaan kekal berwaspada terhadap kemungkinan tekanan baharu susulan konflik di Asia Barat.

Jelasnya, undang-undang baharu itu akan menggantikan Akta Perdagangan Elektronik 2006 (Akta 658) sedia ada yang disifatkan hanya berperanan sebagai perundangan asas bagi perdagangan elektronik dan belum mengawal selia sektor itu secara menyeluruh.

Mengulas mengenai kos sara hidup, Armizan berkata, kerajaan mengambil pendekatan serampang dua mata, iaitu memastikan pergerakan harga barangan kekal stabil serta meningkatkan pendapatan rakyat.

Katanya, usaha meningkatkan pendapatan merangkumi pelarasan gaji penjawat awam selepas lebih sedekad tidak disemak, selain memperkukuh ekosistem keusahawanan bagi mewujudkan lebih banyak peluang menjana pendapatan.

Tambah beliau, kadar inflasi negara juga menunjukkan trend yang semakin reda sejak 2023, namun kerajaan kekal berwaspada terhadap kemungkinan tekanan baharu susulan konflik di Asia Barat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast