Foto ihsan Bomba

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh kenderaan lain sebelum terbakar di Jalan Putatan, Putatan, Sabah, awal pagi tadi.

Jetua Balau Bomba dan Penyelamat Putatan, Musran Jabri dalam kenyataan berkata, mangsa, Fandi Jame, 19, mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Tambah beliau, kejadian berlaku 4.30 pagi dan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai nahas tersebut kira-kira 15 minit kemudian.

“Manakala seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Menurut Musran, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast