Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa bersama calon PH DUN Pemanis Jalex Lee En Xiang

SEGAMAT – Laungan “Reformasi! Reformasi!” bergema sebaik sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dataran Masjid Al-Jannah, Kampung Jawa, disambut lebih 2,000 penyokong dan penduduk yang hadir memeriahkan program bersama rakyat, di sini hari ini.

Kehadiran Anwar yang julung kali turun ke Parlimen Sekijang sejak menjadi Perdana Menteri nyata mencuri perhatian apabila kawasan program dipenuhi orang ramai daripada pelbagai kaum yang mahu melihat dan mendengar sendiri ucapan beliau.

Setiap kali Anwar melambai kepada orang ramai, sorakan dan laungan “Reformasi!” kembali bergema, menjadikan suasana kempen lebih meriah.

Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa dalam ucapan berkata Kad Laporan Parlimen Sekijang dibentang merangkumi pelbagai pencapaian dan inisiatif yang telah dilaksanakan sepanjang beliau mewakili kawasan itu.

Ribuan penyokong bersorak “Reformasi!” menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Jawa, di Segamat hari ini

“Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana meluangkan masa bertemu penduduk Sekijang.

“Sambutan yang diterima sebagai pembakar semangat kepada jentera PH untuk terus mendekati pengundi di DUN Pemanis dan DUN Kemelah,” katanya.

Hadir sama Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Seri Amirudin Shari, calon PH bagi DUN Pemanis, Jalex Lee En Xiang serta calon PH bagi DUN Kemelah, Mohd Afif Abd Hamid.

Katanya Pemilihan DUN Pemanis sebagai lokasi program turut mengundang perhatian kerana kawasan itu sebelum ini sering dikaitkan sebagai kubu tradisi Barisan Nasional (BN), namun kini menjadi antara kerusi yang hangat diperkatakan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.