tiram putih muar
Isi berwarna putih krim dan berkualiti tinggi, spesies itu bukan sahaja menjadi kebanggaan penduduk setempat, malah dipercayai antara hidupan akuatik terbaik di dunia ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Parit Tiram, Muar, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 04 JULAI 2026.

MUAR – Air Sungai Muar menjadi penentu rezeki buat Nasir Kassim, 57, yang sudah lebih empat dekad menyelam mencari tiram sejak mula menceburi pekerjaan itu pada usia 13 tahun. Baginya, kemahiran sahaja tidak mencukupi kerana pencarian hanya boleh dilakukan ketika air tenang di antara waktu pasang dan surut, manakala arus deras pula mampu mengundang risiko kepada penyelam.

Berbekalkan sebatang kayu bakau yang dipacakkan ke dasar sungai sebagai panduan, Nasir akan menyelam sebelum meraba dasar sungai untuk mengutip tiram satu persatu menggunakan tangan. Kaedah tradisional itu bukan sahaja diwarisi turun-temurun, malah pernah direkodkan dalam jurnal Kapten British seawal 1858. Namun, warisan itu semakin terhakis apabila jumlah penyelam tiram aktif di muara Sungai Muar kini dianggarkan tidak sampai 10 orang.

Keunikan tiram Muar turut mendapat pengiktirafan apabila spesies yang dikenali penduduk tempatan sebagai “tiram putih” disahkan sebagai spesies baharu, Crassostrea (Magallana) saidii, yang hanya ditemui di muara Sungai Muar. Dengan isi berwarna putih krim dan berkualiti tinggi, spesies itu bukan sahaja menjadi kebanggaan penduduk setempat, malah dipercayai antara hidupan akuatik terbaik di dunia.

Bagi Nasir, setiap tiga hingga empat jam yang dihabiskan menyelam bukan sekadar mencari rezeki, tetapi meneruskan legasi yang menjadi identiti Muar sejak lebih satu abad lalu. Hasil kutipan dijual kepada peraih dan pengusaha restoran pada harga sekitar RM3 seekor sebelum dinikmati pelanggan sama ada dimakan mentah, dipanggang atau dimasak dalam pelbagai hidangan berasaskan tiram.

Penyelam tiram, Nasir Kassim, 57 menggunakan sebatang kayu bakau yang dipacakkan ke dasar sungai sebagai panduan kedalaman air serta keberadaan tiram sebelum menyelam ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Parit Tiram, Muar, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 04 JULAI 2026.
Penyelam tiram, Nasir Kassim, 57 menggunakan bakul supaya memudahkannya mengambil tiram putih dengan kuantiti yang banyak sekali gus ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Parit Tiram, Muar, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 04 JULAI 2026.
Penyelam tiram, Nasir Kassim, 57 akan membaca doa sebagai pelindung dan memudahkan urusan setiap kali menyelam mencari tiram putih ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Parit Tiram, Muar, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 04 JULAI 2026.
Spesies yang dikenali penduduk tempatan sebagai “tiram putih” disahkan sebagai spesies baharu, Crassostrea (Magallana) saidii, yang hanya ditemui di muara Sungai Muar ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Parit Tiram, Muar, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 04 JULAI 2026.
Setelah 2 hingga 3 jam menyelam, penyelam tiram, Nasir Kassim, 57 serta rakannya naik ke darat untuk pulang ke jeti ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Parit Tiram, Muar, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 04 JULAI 2026.
Penyelam tiram, Nasir Kassim, 57 akan mengasingkan tiram putih selepas selesai menyelam bagi menentukan kualiti tiram ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Parit Tiram, Muar, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 04 JULAI 2026.
Penyelam tiram, Nasir Kassim, 57 sudah lebih empat dekad menyelam mencari tiram sejak mula menceburi pekerjaan itu pada usia 13 tahun ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Parit Tiram, Muar, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 04 JULAI 2026.
Bukan sahaja menjadi tarikan kepada penduduk tempatan, malah pelancong dari luar negara juga datang untuk mencuba dan membeli ‘tiram putih’ yang hanya ada di Muar ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Parit Tiram, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 04 JULAI 2026.
Pelbagai cara masakan boleh dinikmati pelanggan sama ada dimakan mentah, dipanggang atau dimasak dalam pelbagai hidangan berasaskan tiram ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Parit Tiram, Muar, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 04 JULAI 2026.
Pelbagai cara masakan boleh dinikmati pelanggan sama ada dimakan mentah, dipanggang atau dimasak dalam pelbagai hidangan berasaskan tiram ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Parit Tiram, Muar, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 04 JULAI 2026.
Pelbagai cara masakan boleh dinikmati pelanggan sama ada dimakan mentah, dipanggang atau dimasak dalam pelbagai hidangan berasaskan tiram ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Parit Tiram, Muar, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 04 JULAI 2026.
Pelbagai cara masakan boleh dinikmati pelanggan sama ada dimakan mentah, dipanggang atau dimasak dalam pelbagai hidangan berasaskan tiram ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Parit Tiram, Muar, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 04 JULAI 2026.
Terdapat 2 kedai sahaja di Muar yang menyediakan sajian ‘tiram putih’ bagi pelancong luar dan dalam negara untuk mencuba tiram terbaik di dunia ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Parit Tiram, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 04 JULAI 2026.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast