Gambar IPD Lipis

KUANTAN – Polis mahu saksi kemalangan maut membabitkan pasangan suami isteri di kilometer 18, Jalan Lipis-Benta, Lipis pagi tadi untuk tampil bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, kedua-dua mangsa, Mohd Khair Zainudin, 50 dan isterinya, Norzaili Khalil, 49, meninggal dunia selepas Proton Pesona dinaiki mereka dipercayai terbabit kemalangan degan sebuah Toyota Hilux.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, ketika kejadian, kedua-dua mereka dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lipis menghala ke Raub.

“Toyota Hilux dinaiki dua lelaki warga tempatan pula dalam perjalanan dari Raub ke Gua Musang, Kelantan untuk mengambil muatan durian.

“Bagaimanapun, ketika tiba di lokasi terbabit, kereta dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan dan bertembung dengan Toyota Hilux itu,” katanya dalam kenyataan.

Ismail berkata, pasangan suami isteri disahkan telah meninggal dunia akibat kemalangan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, anggota bomba terpaksa menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan Norzaili yang tersepit akibat kemalangan itu. – MalaysiaGazett

ARTIKEL BERKAITAN:

Dua maut kemalangan di Benta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast