Anggota bomba terlibat dalam operasi memadam kebakaran di sebuah rumah di Apartment Dahlia, Jalan Melur, Bukit Beruntung, hari ini.

KUALA LUMPUR – Sebuah unit rumah di Apartment Dahlia, Jalan Melur, Bukit Beruntung, musnah hampir 90 peratus dalam kebakaran awal malam ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 7.08 malam dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa tiba di lokasi pada pukul 7.20 malam selepas menempuh kesesakan lalu lintas sejauh kira-kira lima kilometer.

Operasi turut dibantu anggota dari BBP Rawang.

Komander Operasi berkata, kebakaran melibatkan sebuah unit di tingkat bawah sebuah apartment empat tingkat berkeluasan kira-kira 15 x 60 kaki persegi.

Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 7.43 malam dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

Operasi pemadaman melibatkan 13 anggota bomba dengan tiga jentera iaitu sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dari BBP Rawang, serta sebuah Compact Fire Rescue Tender (CFRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dari BBP Bukit Sentosa.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast