Keadaan di kawasan nahas di di Terowong Jalan Loke Yew menghala ke pusat bandar.

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu dan kelindan sebuah lori tunda cedera selepas tersepit dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Terowong Jalan Loke Yew menghala ke pusat bandar di sini, awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGOKL) menerima panggilan kecemasan menerusi talian NG999 berhubung kejadian itu pada jam 4.08 pagi.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah serta BBP Pudu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan di lokasi, kemalangan membabitkan dua lori tunda tiga tan serta sebuah Perodua Myvi.

“Terdapat mangsa yang tersepit iaitu pemandu dan kelindan lori tunda pertama berusia lingkungan 30-an.

“Kedua-duanya berjaya dibawa keluar jam 4.39 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, pemeriksaan mendapati seorang mangsa mengalami kecederaan di bahagian kaki, manakala seorang lagi cedera di bahagian kepala serta patah kaki.

“Kedua-dua mangsa yang berada dalam keadaan sedar diserahkan kepada pasukan ambulans untuk rawatan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast