Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lima negeri yang dijangka berterusan sehingga pukul 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, amaran yang dikeluarkan pada pukul 9 pagi itu melibatkan beberapa daerah di Kedah iaitu Kota Setar, Pokok Sena, Yan dan Pendang, selain Perak membabitkan Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Turut terlibat ialah Negeri Sembilan meliputi daerah Rembau dan Tampin, manakala amaran berkenaan turut melibatkan seluruh negeri Melaka.

Di Johor pula, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk ialah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Sehubungan itu, orang ramai di kawasan terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada serta mendapatkan maklumat dan perkembangan cuaca terkini menerusi saluran rasmi MetMalaysia. — MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast