Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, calon BN N.26 Machap yang juga penyandang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada sidang media keputusan terkini tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Bangunan Perhubungan UMNO, Johor Bahru. Foto SADIQ SANI, 11 JULAI 2026.

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 apabila keputusan awal tidak rasmi menunjukkan parti gabungan itu memperoleh majoriti mudah yang diperlukan untuk kekal berkuasa.

Pada sidang media di bangunan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor sebentar tadi, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu bahawa gabungan itu telah memenangi melepasi 40 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Majoriti mudah sebanyak 29 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan Johor manakala majoriti dua pertiga adalah 39 kerusi.

Keputusan akhir PRN Johor tertakluk kepada pengesahan rasmi yang akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya malam ini.

Dalam PRN Johor 2022, BN memenangi 40 daripada 56 kerusi, manakala Pakatan Harapan memenangi 12, Perikatan Nasional tiga dan Muda satu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast