Logo Polis Diraja Malaysia

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga emas berusia 70 tahun berdepan detik cemas apabila disamun tiga lelaki bersenjata ketika sedang berniaga bersendirian di sebuah kedai runcit di Ketengah Jaya, Terengganu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 petang itu, mangsa didatangi tiga suspek yang bersenjatakan sebilah parang dan sebatang besi sebelum bertindak mengikat tangan serta menutup mulut mangsa menggunakan pita pelekat.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Nik Abd Halim Nik Mat berkata, suspek kemudian melarikan beberapa barangan berharga milik mangsa termasuk barang kemas yang dipakai, wang tunai, dua telefon bimbit serta dokumen peribadi.

“Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, polis kini sedang giat mengesan kesemua suspek yang dipercayai melarikan diri menggunakan sebuah kereta Proton Iswara berwarna kelabu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Dungun atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast