Alif Asyraf Azman

KUALA LUMPUR – Naib Ketua Armada Negeri Sembilan, Alif Asyraf Azman mengumumkan peletakan semua jawatan yang dipegang beliau serta keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa, hari ini.

Ini bermakna beliau turut melepaskan secara rasmi jawatan sebagai Ketua Armada Bahagian Seremban serta Ketua Cawangan.

“Ingin saya tegaskan bahawa keputusan ini dibuat setelah mempertimbangkannya dengan teliti.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinan parti, ahli-ahli bahagian, serta semua pihak yang sentiasa memberikan kerjasama, sokongan, dan kepercayaan kepada saya sepanjang tempoh saya memegang amanah ini.

“Akhir kata, saya mendoakan agar parti BERSATU akan terus maju dan berjaya pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Alif Asyraf berkata, notis rasmi berhubung peletakan jawatan dan penarikan diri daripada keahlian parti telah dikemukakan kepada Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast