Seorang rakyat Malaysia meninggal dunia ketika mendaki Gunung Elbrus di Persekutuan Rusia pada 11 Julai lalu.
Menurut Kementerian Luar Negeri, mendiang merupakan sebahagian daripada kumpulan tiga rakyat Malaysia yang menyertai pendakian Gunung Elbrus melalui sebuah syarikat pengendali pendakian di Persekutuan Rusia.














