Seorang wanita ditemui rentung selepas Proton Saga dipandunya terbakar dalam kejadian di Kilometer 1, Jalan Mukah-Selangau dekat jejambat Selangau, Sarawak malam tadi.
Mangsa dikenali Simbut Anak Sigai, 49 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah serta melecur di seluruh badan.














