Presiden Parti Berjasa, Zamani Ibrahim

KUALA LUMPUR – Parti Berjasa mengumumkan akan melepaskan lapan daripada 15 kerusi yang bakal ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, 1 Ogos ini.

Presidennya, Zamani Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan calon mereka pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sama.

“Kami tidak mahu memecahkan undi Melayu yang pada akhirnya akan mengancam agenda yang lebih besar.

“Keputusan ini di ambil bagi mengekalkan gelombang solidariti dalam kalangan ummah dan masyarakat Melayu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Zamani, lapan kerusi terbabit adalah Senaling, Juasseh, Seri Menanti, Lenggeng, Labu, Kota, Chembong and  Gemencheh.

Bagaimanapun menurut beliau, jentera Berjasa di lapan DUN terbabit tetap akan digerakkan untuk berkempen bagi memastikan pengundi keluar mengundi calon-calon Melayu.

Tambahnya, keputusan untuk bertanding di baki tujuh kerusi lagi juga bergantung kepada pengumuman Perikatan Nasional (PN) untuk meletakkan calon-calon mereka.

Katanya, pendirian itu selari dengan perjuangan Berjasa yang mengutamakan kepentingan agama, bangsa dan negara berbanding sekadar pertandingan politik. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast