Foto FB FIFA World Cup.

ATLANTA – Argentina bangkit daripada ketinggalan apabila mempamerkan aksi luar biasa untuk menewaskan England 2-1 dalam aksi separuh akhir Piala Dunia FIFA 2026 sekali gus mengesahkan tempat ke pentas final menentang Sepanyol.

Ketinggalan hasil jaringan Anthony Gordon pada minit ke-55, serangan bertali arus Argentina akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-85 menerusi Enzo Fernandez bagi mengikat kedudukan 1-1.

Ketika perlawanan seolah-olah menuju ke masa tambahan, Argentina melengkapkan kebangkitan dramatik mereka dalam masa kecederaan yang terus menghidupkan impian mempertahankan gelaran dunia yang dimenangi pada edisi lalu.

Foto FB FIFA World Cup.

Bagi England, kekalahan itu merupakan satu lagi episod kekecewaan di pentas antarabangsa selepas gagal mempertahankan kelebihan yang dimiliki hampir sepanjang separuh masa kedua.

Argentina akan berdepan Sepanyol dalam perlawanan akhir manakala England sekali lagi terpaksa melupakan impian untuk menamatkan penantian panjang menjulang trofi Piala Dunia sejak 1966.

Aksi final di New Jersey pada Ahad ini akan menyaksikan menjadi pertemuan pertama dalam sejarah final Piala Dunia melibatkan juara Eropah dan juara Amerika Selatan.

Lebih banyak sejarah menanti La Albiceleste yang berpeluang muncul pasukan pertama mempertahankan gelaran Piala Dunia sejak 1962.

Bagi kapten Argentina, Lionel Messi final itu membuka ruang untuk menambah satu lagi bab penting dalam karier luar biasa yang terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terhebat sepanjang zaman. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast