Gambar hiasan. - AFP

GENEVA – Dua organisasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membangkitkan kebimbangan mengenai kemungkinan nahas bot di Asia Tenggara melibatkan lebih 500 pelarian, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Dua bot dipenuhi migran berlepas dari pantai Myanmar dalam beberapa hari kebelakangan ini, kata Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) dan agensi pelarian PBB UNHCR pada Khamis.

Menurut laporan awal, sebuah bot yang membawa kira-kira 250 orang dikatakan karam pada 8 Julai manakala hubungan dengan bot kedua dengan kira-kira 280 orang hilang sejurus berlepas.

Pelarian itu dikatakan kebanyakannya Rohingya, komuniti minoriti muslim yang telah mengalami penganiayaan selama beberapa dekad di Myanmar yang majoritinya beragama Buddha.

Sebahagian mereka juga dikatakan dari kem pelarian besar Rohingya di Cox’s Bazar di Bangladesh.

“Walaupun insiden dan angka korban masih belum disahkan secara rasmi, UNHCR dan IOM amat prihatin dengan kehilangan nyawa yang dijangka besar,” kata organisasi itu dalam kenyataan. – BERNAMA-dpa

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast