KUALA LUMPUR – Seramai 25 individu termasuk 12 warga asing ditahan dalam Operasi Bersepadu Banteras Pengemis di sekitar ibu negara, semalam.
Operasi bermula jam 8 malam itu dilaksanakan di sekitar Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Alor dan Leboh Pudu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
DBKL dalam kenyataan berkata, turut terlibat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Hasil operasi, seramai 25 individu telah diambil tindakan terdiri daripada 13 warga tempatan dan 12 warga asing.
“Daripada jumlah itu, lima individu diserahkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut, manakala dua individu kepada JIM dan tiga individu kepada JKM,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Tamba DBKL, pihaknya akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi berkaitan bagi membanteras aktiviti mengemis.
Selain itu katanya untuk memastikan ketenteraman, keselamatan dan kesejahteraan warga kota sentiasa terpelihara.
Sebarang aduan atau maklum balas boleh disalurkan dipautan https://adukl.dbkl.gov.my/ – MalaysiaGazette
















