SPRM hakim
Logo SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka bilik gerakan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) itu.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan, bilik gerakan itu akan beroperasi 24 jam mulai espk hingga 2 Ogos ini yang beralamat di Pejabat SPRM Negeri Sembilan di Seremban.

“Orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang maklumat atau aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang proses pilihan raya melalui emel kepada [email protected].

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi talian pejabat SPRM Negeri Sembilan di 06-762 5446, bilik gerakan 06-762 0207 atau talian 24 jam/WhatsApp di 011-3700 9038,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Suruhanjaya itu juga mengingatkan semua calon, parti politik, penyokong serta mana-mana pihak yang terlibat dalam PRN Negeri Sembilan supaya tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya.

Jelasnya, ini selaras dengan peruntukan Akta SPRM 2009 serta Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012). -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast