KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) dan PKR berpendirian tegas bahawa menggadaikan kepercayaan demi kemenangan bukan dalam strategi politik gabungan itu.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fauziah Salleh menegaskan, gabungan itu memberi fokus kepada agenda pembangunan negara serta kebajikan rakyat agar dapat terus dilaksanakan dengan berkesan kerana ia paksi serta tunjang utama mendasari setiap langkah politik mereka.
Bagaimanapun, katanya PH tetap menghormati hak setiap parti untuk menentukan pendekatan dan strategi masing-masing dalam menghadapi pilihan raya.
Tambahnya, perbezaan strategi politik dalam pilihan raya negeri merupakan perkara biasa di dalam seni kepada segala kemungkinan.
“PKR kekal dengan pendirian sebarang keputusan politik di peringkat negeri sentiasa dinilai berdasarkan kepentingan serta aspirasi rakyat Negeri Sembilan.
“PRN Negeri Sembilan merupakan pentas demokrasi untuk parti-parti menawarkan dasar, rekod perkhidmatan dan kepimpinan terbaik kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Justeru, katanya PKR kekal fokus memperjuangkan isu-isu kesejahteraan rakyat, peluang ekonomi, kos sara hidup, pembangunan seimbang serta tadbir urus yang telus dan berintegriti.
Fuziah turut menyeru seluruh jentera PKR dan PH supaya kekal fokus, berdisiplin dan bekerja dengan penuh iltizam untuk meraih keyakinan rakyat serta mempertahankan mandat PH di Negeri Sembilan. -MalaysiaGazette

















sape laaa nak percaya dengan ko ni? kau ingat rakyat dah lupa kaaa kau ni kaki fitnah tegar Lynas? Ingatkan kau dah kena radiasi..rupa2nya masih bernyawa yer..