Tunku Ismail berkenan melantik 10 Exco Kerajaan Negeri Johor yang baharu di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah mengingatkan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (Exco) yang baharu agar sentiasa menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, integriti serta keikhlasan.

Baginda menegaskan, setiap dasar dan keputusan yang dibuat perlu berteraskan kepentingan rakyat serta memberi manfaat kepada negeri secara keseluruhannya.

Pemangku Sultan Johor turut bertitah agar semua Exco berkenaan sentiasa turun padang memahami keperluan masyarakat serta memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan dilaksanakan secara cekap, berkesan dan berintegriti.

Terdahulu, Tunku Mahkota Ismail berangkat ke Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Taat Setia Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene di sini hari ini.

Majlis istiadat itu turut dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Dr Rahim Ramli dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tiada tempoh bulan madu untuk 10 Exco Kerajaan Negeri Johor – MB

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast