KUALA LUMPUR – England muncul pasukan ketiga terbaik Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Perancis 6-4 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga di Stadium Miami, Amerika Syarikat, pada Sabtu.
Kemenangan itu menyaksikan juara edisi 1966 berkenaan menamatkan kempen di tempat ketiga buat julung-julung kalinya dalam sejarah penyertaan mereka di pentas Piala Dunia.
Kapten England Declan Rice membuka jaringan menerusi rembatan padu dari luar kotak penalti yang menewaskan penjaga gol Perancis Mike Maignan.
England menggandakan kelebihan pada minit ke-18 apabila Ezri Konsa menanduk masuk sepakan penjuru yang diambil Rice.
Skuad The Three Lions terus menguasai permainan apabila Bukayo Saka meledak dua gol pada minit ke-37 dan masa kecederaan babak pertama untuk memberikan England kelebihan selesa 4-0 sebelum menuju ke bilik persalinan.
Memasuki babak kedua, Perancis bangkit merapatkan jurang menerusi jaringan Kylian Mbappe pada minit ke-48, sebelum Bradley Barcola menambah gol kedua Les Bleus enam minit kemudian. – BERNAMA
















