KUALA LUMPUR – AirBorneo kesal dengan kelewatan yang dialami penumpang penerbangan MY5004 dari Kuala Lumpur ke Kuching berikutan masalah teknikal.
Menurutnya, masalah teknikal itu telah berjaya diselesaikan dan penerbangan berlepas pada jam 7.30 malam, sekali gus membolehkan penumpang yang terjejas meneruskan perjalanan ke Kuching.
Sepanjang tempoh kelewatan, pasukan AirBorneo membantu penumpang yang terjejas dengan memberikan maklumat terkini secara berkala, menyediakan makanan dan minuman, serta bantuan yang diperlukan bagi memastikan keselesaan dan kebajikan mereka.
“AirBorneo memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan merakamkan penghargaan kepada semua penumpang yang terjejas atas kesabaran, pemahaman dan kerjasama yang diberikan.
“Syarikat itu kekal komited mengekalkan standard keselamatan tertinggi sambil menyediakan perkhidmatan yang selamat dan boleh dipercayai kepada para penumpang,” katanya dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette
















