KUALA LUMPUR – Maxis Berhad memohon maaf kepada Khairul Aming susulan kebocoran maklumat akaun miliknya di media sosial.

Syarikat telekomunikasi itu dalam kenyataannya berkata, ia telah mengenal pasti individu yang dikaitkan dengan insiden ini dan sedang mengambil tindakan segera, termasuk tindakan undang-undang.

“Kami sedang menyiasat satu insiden yang tular di media sosial malam tadi berkenaan butiran akaun seorang pelanggan Maxis.

“Semua akses kepada akaun pelanggan direkodkan dan dipantau sepenuhnya,” katanya sambil memaklumkan siasatan yang dijalankan menunjukkan ia merupakan insiden terpencil yang melibatkan tindakan tanpa kebenaran.

Malah, katanya, tiada sebarang petunjuk bahawa insiden ini melibatkan pelanggan lain secara lebih meluas.

Maxis berkata, syarikat itu menghubungi pelanggan berkenaan pagi ini berkaitan perkara tersebut dan kekal komited terhadap privasi data dan perlindungan data peribadi.

Khaiul yang juga pempengaruh media sosial dan usahawan telah menuntut syarikat telekomunikasi memberi penjelasan kenapa maklumat bil telefonnya didedahkan di media sosial.

“Mohon penjelasan daripada Maxis macam mana personal phone saya boleh leak (bocor),” tulis Khairul menerusi Threads.

Reaksi itu diberikan Khairul selepas seorang pemilik akaun media sosial mendakwa pempengaruh itu mempunyai tunggakan bil berjumlah RM498. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast