Pengarah Urusan Restoran Rembayung, Khairul Amin Kamarulzaman atau Khairul Aming (KA).

KUALA LUMPUR – Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) sedang menyiasat kes kebocoran butiran akaun dan bil telefon pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming yang tular di media sosial.

Katanya, tindakan penguatkuasaan sewajarnya akan diambil sekiranya hasil siasatan mendapati berlaku ketidakpatuhan terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 atau Akta 709.

“JPDP memandang serius penzahiran tanpa kebenaran terhadap butiran akaun dan bil telefon pelanggan Maxis di media sosial.

” JPDP sedang menjalankan siasatan di bawah Prinsip-Prinsip Perlindungan Data Peribadi serta Seksyen 130 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) berhubung pengumpulan atau penzahiran data peribadi secara menyalahi undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial tangkap layar hantaran seorang wanita yang memaklumkan tunggakan bil telefon Maxis milik Khairul Aming, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai keselamatan data peribadi pelanggan.

Susulan insiden itu, Maxis memaklumkan sedang menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian dan menegaskan syarikat telekomunikasi itu memandang serius sebarang dakwaan membabitkan keselamatan serta kerahsiaan data pelanggan.

Dalam kenyataan sama, JPDP turut menegaskan pengawal data mesti sentiasa memperkukuh langkah keselamatan teknikal dan organisasi bagi melindungi maklumat pelanggan daripada sebarang pencerobohan atau kebocoran.

ARTIKEL BERKAITAN

Kebocoran data: Khairul Aming serah pada peguam, rasa seram privasi terancam

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast