Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Nasir Raman.

PORT DICKSON – Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Nasir Raman menyifatkan setiap pertemuan dengan pengundi menjadi suntikan semangat untuk terus berkhidmat dan memperjuangkan keperluan masyarakat.

Beliau memberi jaminan akan terus turun padang, mendengar, memahami dan berusaha membawa yang terbaik demi kesejahteraan masyarakat di kawasan itu.

Katanya, kepercayaan yang diberikan Parti Amanah Negara menjadi pembakar semangat untuk terus bekerja lebih kuat demi membawa suara rakyat Bagan Pinang ke peringkat yang lebih tinggi.

“Perjuangan ini bukan tentang seorang individu tetapi tentang masa depan Bagan Pinang yang lebih maju, sejahtera dan inklusif untuk semua.

“Berkesempatan menyantuni warga Bagan Pinang. Setiap jabat tangan dan setiap perbualan adalah amanah buat saya untuk membawa perubahan yang lebih baik.

“Terima kasih atas sokongan padu anda semua. Mari kita teruskan momentum ini demi masa depan Bagan Pinang yang lebih sejahtera,” katanya di media sosialnya.

Nasir Raman memberi jaminan akan terus turun padang, mendengar, memahami dan berusaha membawa yang terbaik demi kesejahteraan masyarakat di kawasan Bagan Pinang.

DUN Bagan Pinang menyaksikan saingan tiga penjuru dalam Pilihanraya Negeri Sembilan ke-16 (PRN16) pada 1 Ogos ini.

Selain Nasri, ia melibatkan calon Perikatan Nasional (PN) yang juga penyandang, Abdul Fattah Zakaria dan Sheikh Junaidy Jamaludin daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mengulas lanjut, Nasir menambah, sepanjang berkempen, ia bukan sekadar janji yang janji yang dibuat tetapi perlu terbukti dengan apa yang dikotakann.

“Khidmat tidak bermula ketika pilihan raya. Khidmat bermula apabila rakyat memerlukan. Sejak 2020, saya bersama warga Bagan Pinang ketika waktu sukar dan akan terus bersama waghih nismilan untuk masa depan yang lebih baik,” katanya.

DUN Bagan Pinang dipertandingkan buat kali pertama pada 2004 dan menjadi antara kubu kuat BN.

Pada PRN 2023, kerusi DUN itu dirampas PN apabila Abdul Fattah berjaya menewaskan calon BN, Mohd Najib Mohd Isa selepas memperoleh 10,921 undi dan menang dengan majoriti 3,426 undi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast