logo luar negara
Gambar hiasan

ISTANBUL – Sekatan tentera laut Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran masih berkuat kuasa sepenuhnya, menurut Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi.

Setakat 25 Julai, tentera AS telah mengubah haluan 12 kapal komersial yang cuba menembusi sekatan itu, melumpuhkan dua kapal yang enggan mematuhi arahan serta menaiki dua lagi kapal bagi mengesahkan pematuhan, menurut CENTCOM dalam satu kenyataan di platform media sosial X.

Tentera AS selesai menjalankan pemeriksaan ke atas kapal tangki minyak M/T Charminar yang berdaftar di Comoros di Laut Arab pada awal Sabtu, sebelum kapal itu meneruskan pelayaran, menurut CENTCOM.

CENTCOM turut memaklumkan bahawa tentera AS melumpuhkan M/T Lavine yang berdaftar di Mozambique di Teluk Oman pada Jumaat selepas anak kapalnya berulang kali cuba melanggar sekatan itu dan mengabaikan beberapa amaran.

Kapal itu tidak lagi menuju ke Iran, menurut CENTCOM.

— BERNAMA-ANADOLU

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast